Jumaat, 21 November 2014

Bagaimanakah Agar Tidak Bersedih?

Bagaimanakah menghentikan memangsakan Islam dan tata kaedah ajaran islam di atas bumi yang dimiliki oleh Allah yang menjadi sembahan ummat islam?


Di manakah logik dan kemunasabahannya bila tuhan yang disembah oleh muslimin ini yang menyediakan bumi, lautan, udara dan angkasa untuk seluruh manusia yang diciptaNya baik yang beriman mahu pun tidak beriman?

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman agar :
1- Menahan pandangan menundukkan mata (tentunya pada ketika yang perlu bagi mengelakkan dosa)
2- Menjaga kemaluan.


"Apakah mahumu?"


Tabarruj dan konsep kosmetik wajar berhati-hatilah dalam menyediakan produknya kerana arahan-arahan Al-Quran dan pesanan iman hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam tidak memerlukan pencerahan yang berlebihan terhadap asas-asas yang membawa kepada dosa dan maksiat apabila ia berkisar pada pandangan mata.

"Niqab tidak digunakan oleh kebanyakan wanita di dunia islam."


Peliharalah niat dengan sebaik-baiknya agar pembuatan produk kecantikan tidak serupa dengan iklan peringatan yang tertera di kotak rokok terhadap kemerbahayaan tembakau ke atas kesihatan pembeli rokok,."

AMARAN JABATAN KESIHATAN MEROKOK ITU BOLEH MEMBUNUH.


"Siapa yang 'tidak cekap menggunakan otak' pada sudut ini?"


Orang 'lembab' atau perokok atau penjual rokok atau kilang rokok atau penguatkuasa seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan yang mengiklankan ayat-ayat yang boleh dieja seperti 'Rokok Merbahaya Kepada Kesihatan'.

"Saya mahu tergelak... bila doktor dan juru rawat guru dan pensyarah serta professor  juga membeli rokok."



Apakah langkah-langkah syaithan?

Dan mereka yang menuduh perempuan-perempuan yang baik berzina.
Dan mereka tidak menyertakan empat saksi.
(Saksi juri serta bukti bohong)
Orang fasiq.

Langkah orang adil :
Dera mereka dengan 80 kali sebatan.
Jangan kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya.

Peringatan Surah An-Nur :
Bila mereka telah bertaubat
Memperbaiki diri (tanpa mengulangi memberi persaksian palsu)
Allah memberi ampun.
Allah Menyayangi mereka.

Menurut aqal fikiran sistem pengangkutan turut berfungsi bagi membantu untuk laki-laki muslim memelihara pandangan mata.

Buraq masih memanifestokan intisari jenis pengangkutan.
Surah An-Nur turut menyangkuti isu pengangkutan?

Pengurusan sistem pengangkutan boleh membantu laki-laki memelihara pandangan mata dan kemaluan?

"Pengangkutan dan jenisnya boleh membantu laki-laki islam memelihara iman mereka dari wanita-wanita yang tidak sedia menyempurnakan cara mereka berpakaian?"

Muslimin Memiliki Generasi Di Luar Pernikahan?

Peranan akidah di dalam munakahat oleh ijab qabul dan saksi menjelaskan langkah yang bermula dengan niat.


"Saya mahukan anak-anak muslim saya memahami makna niat dari sudut akidah setelah islam bukan agama bagi sebahagian besar masyarakat di dunia ini."


Sesuatu itu bermula dengan niat.

Niat kerana Allah adalah ibadah.

Untuk berniat muslimin tidak perlu bertaharah dahulu tetapi bagi beribadah muslimin wajib bersuci dari hadas.


"Saya mahukan anak-anak muslim saya menyedari bahawa kesenangan hidup di dunia ini hanya sebentar sahaja."


Bertafakur itu mendidik rohani zahir batin emosi intelek dan jasmani bagi mensyukuri nikmat menjadi muslim.

Tidak usahlah menganut islam kerana perasaan cinta dan kasih sayang semata-mata atau inginkan pembelaan sahaja sebelum benar-benar bersedia menjadi generasi La ilaha illa Allah Muhammad Rasul Allah.

Akhirat mempunyai generasi yang bermula dari generasi awal kemanusiaan, generasi Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul termasuk Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam dan generasi sesudahnya yang melahirkan generasi akhir zaman.


"Mengapakah bangsa arab antara masyarakat yang masih miskin? Kerana niatkah?"

Biarlah diujarkan kesan dari bicara Nabi Musa kepada Firaun :

"Jika engkau tidak mahu beriman kepadaku biarkan sahaja diriku (membawa bani Israel)."


Adakah sunni dan syiah itu bersumber dari akidah La ilaha illa Allah atau kristian dan agama yahudi yang bersumber dari akidah syahadah setelah kita memaklumi bahawa muslimin sebenarnya bermualamat dengan yahudi dan di manakah kelemahannya untuk muslimin bermualamat dengan penganut syiah?


"Dikau masih tidak khuatir untuk dimusuhi dan dibenci?"


Diam pilihan terbaik setakat ini.


Menaakul bacaan ayat-ayatMu yang digalas oleh para 'kekasih-kekasihMu' yang gigih mentaartilkan kelemahanku, dicatatkan nota buatmu...


Inilah suatu surah yang Kami (Allah) turunkan dan diwajibkan menjalankan hukum-hukum Allah.

Dan Kami (Allah) turunkan di dalamnya (kebesaran Allah) yang jelas agar kamu ingat.

1- Penzina perempuan 
2- Penzina lelaki
Dera yakni hukumlah mereka dengan seratus kali sebatan.

Dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu dari menjalankan agama (hukum) Allah dan hari akhirat.

Perlaksanaan hukuman mereka hendaklah disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman.

Pada penghayatan berakidah yakni islam adakah ahli sunnah, syiah atau ahli kristian dan yahudi yang akan menolak hukum syariat pada aktiviti perzinaan?

Bagaimanakah hukuman untuk hubungan sesama jenis bagi yang masih bujang?

Benarkan kita membina tamaddun dan peradaban Islam?

Apakah ia perlu dibersamakan dengan peradaban yang membina tamaddun masyarakat bukan islam?

Hukuman hudud masih belum menjadi undang-undang untuk dilaksanakan hukumannya di Mahkamah Syariah Islam Malaysia dalam menguruskan hal ehwal keluarga Islam.
Benar atau salah?


Tazweej atau walimah tur urs tidak menjadi pendidikan kepada generasi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam?

Bagaimanakah dinamakan peradaban dan tamaddun islam bila pernikahan itu dirasmikan oleh upacara majlis dan bukan ijab qabul dan saksi sekiranya perzinaan turut menjadi amalan muslimin?


Surah An Nur mensolusikan isu masalah yang tidak disumbangkan oleh Islam di atas aktiviti perzinaan, hubungan sama gender yang melahirkan anak-anak luar nikah masyarakat moden alaf baru mellinium, yang juga diperuntukkan buat kalangan muslimin sendiri dan masyarakat bukan muslim yang semakin bertoleransi oleh proses berpendidikan untuk menggantikan perlaksanaan hudud yakni perintah yang ditetapkan oleh Allah sendiri iaitu:

1- Penzina laki-laki bernikah/berkahwin hanya dengan penzina perempuan.
2- Penzina laki-laki bernikah/berkahwin hanya dengan perempuan musyrik.
3- Penzina perempuan bernikah/berkahwin hanya dengan penzina laki-laki.
4- Penzina perempuan bernikah/berkahwin dengan hanya laki-laki musyrik.
5- Orang-orang mukmin tidak dianjurkan berkahwin dengan penzina perempuan.
6- Orang-orang mukminah tidak dianjurkan berkahwin dengan penzina laki-laki.


Terasakah memerlukan panduan?

Hadis Rasulullullah sallallah hu alaihiwassalam dan pesanan iman baginda tidak berbeza dengan tuntutan ajaran Al-Quran melainkan kupasan terhadap makna taubat jangan dipermainkan!

Siapa yang mempermainkan taubat?

Muslim atau mereka yang bukan islam yang tidak bersyahadah?

Siapakah yang mempermainkan taubat?


Lalu di mana logik untuk memangsakan Islam dan tata kaedah ajaran islam disalahkan di atas bumi yang dimiliki oleh Allah yang menjadi sembahan ummat islam?