Kekuasaan Ilahi tidak boleh dikomedi atau dihumorkan..
Meski pun
Ahli ilmuan Qalam sering berseliseh faham
Membawa pengaruh kepercayaan
Bertindih pelbagai aliran
Mu'tazilahkah yang mengecewakan?
Tatkala Abbasiah mendirikan daulah
Begitukah sehingga usuluddin bukan sebarangan pilihan?
Apabila akidah masih digundah.
Bolehkah bertaaruf dengan Jabariah?
Salahkah berkenalan dengan Qadariah?
Tanpa diselar sebagai 'riddah'?
Bolehkah bertaaruf dengan Jabariah?
Salahkah berkenalan dengan Qadariah?
Tanpa diselar sebagai 'riddah'?
Bolehkah ku bertanya?
Mengapakah Iran yang tuan puan sembunyikan tuntutan
Buat masyarakat yang saling bersefahaman?
Terhadap kekayaan yang dipinggirkan
Kesederhanaan itu kemiskinan
Berasa memadai apa yang ada
Berikhtiar sekadar usaha
Untuk tidak meminta?
Mengapakah curiga pada faqir-faqir yang berjariah?
Disengketakan pada musafir-musafir asing yang berziarah?
Di dunia tempat menyinggah...
Sementara menanti akhirat yang bermula oleh panggilan barzah?
Mengapakah?
Lantas andai begitu masih perlu jugakah rasa bersalah?
Tatkala membaca di sebalik muslimin dan para ikhwah
Jelas terpapar fakta kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri/Pertahanan telah
menjadikan anggota keselamatan sebagai ‘penjenayah’...
Dan sidang media menjadi penyihir minda dan hati sehingga berdarah...
Beginikah?