Sabtu, 23 November 2013

Jika Tidak Begini, Ia Begitukah?


Kekuasaan Ilahi tidak boleh dikomedi atau dihumorkan..

Meski pun 

Ahli ilmuan Qalam sering berseliseh faham 

Membawa pengaruh kepercayaan 

Bertindih pelbagai aliran

Mu'tazilahkah yang mengecewakan?

Tatkala Abbasiah mendirikan daulah

Begitukah sehingga usuluddin bukan sebarangan pilihan?

Apabila akidah masih digundah.




Bolehkah bertaaruf dengan Jabariah? 

Salahkah berkenalan dengan Qadariah? 

Tanpa diselar sebagai 'riddah'?



Bolehkah ku bertanya?

Mengapakah Iran yang tuan puan sembunyikan tuntutan

Buat masyarakat yang saling bersefahaman?

Terhadap kekayaan yang dipinggirkan

Kesederhanaan itu kemiskinan

Berasa memadai apa yang ada

Berikhtiar sekadar usaha

Untuk tidak meminta?



Mengapakah curiga pada faqir-faqir yang berjariah?

Disengketakan pada musafir-musafir asing yang berziarah?

Di dunia tempat menyinggah...

Sementara menanti akhirat yang bermula oleh panggilan barzah?




Mengapakah? 




Lantas andai begitu masih perlu jugakah rasa bersalah?

Tatkala membaca di sebalik muslimin dan para ikhwah


Jelas terpapar fakta kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri/Pertahanan telah menjadikan anggota keselamatan sebagai ‘penjenayah’...

Dan sidang media menjadi penyihir minda dan hati sehingga berdarah...



Beginikah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.