Isnin, 18 April 2016

Daku Tidak Melupakanmu Ya Bulan Rajab.

Ketibaan bulan Rejab telah memasukki hari kesepuluh pada hari ini Ahad 17.4.2016 (ketika catatan sedang ditulis) dan saya masih mendengar huraian hukum berpuasa sunat di bulan Rejab yang berkisar di antara amalan-amalan sunnah dan bidaah yang dipercayai berulang-ulang kali akan dibicarakan oleh generasi demi generasi.

Hanya orang-orang islam sahaja yang memahami makna puasa dari terbit matahari sehingga matahari terbenam yang bermula dengan niat.

Hanya orang-orang islam sahaja yang tahu tentang makan sahur sebelum matahari terbit.

Hanya wanita dan gadis muslim sahaja yang menyedari peluang menggantikan puasa-puasa  yang ditinggalkan kerana uzur syaraie' sebelum tibanya bulan Ramadhan dengan ketibaan bulan Rejab dan sebelum hari syak (hari-hari akhir di bulan Syakban tiba).

Hanya orang-orang islam sahaja yang tahu tentang berpuasa selama tiga puluh hari dengan syarat-syarat dan sunnah-sunnahnya.

Hanya orang-orang islam sahaja yang mengetahui hari-hari disunahkan berpuasa setiap bulan pada 13, 14 dan 15 kalendar taqwim hijriah.

Orang-orang muslim yang kuat dan sihat juga kaya lebih baik berbanding orang-orang muslim yang lemah, sakit dan miskin.


Namun orang-orang muslim juga mengetahui bahawa orang muslim yang baik akhlaknya lebih kebaikannya berbanding orang muslim yang kuat, orang muslim yang sihat dan orang muslim yang kaya.


Rasullullah sallallah hu alaihiwassaalam sendiri memahami tentang fardhu solat yang pada mulanya berjumlah lima puluh kali yang dikurangi sehingga menjadi lima kali sehari semalam.

Apakah sukar disedari bahawa sistem pendidikan muslim sendiri yang memerlukan pengukuhan ibadah sembahyang sebagai teras pendidikan?

Siapakah yang sedia menipu selepas sembahyang?

Siapakah yang sedia mencuri selepas sembahyang?

Siapakah yang sedia mengkhianat selepas solat?

Komunikasi alam malakut dan alam maujud pada peristiwa Israk Mikraj membuatkan taakulan saya lebih melihat kesan dari kebenaran, kesahihan peristiwa yang tidak dibohongi dan benar-benar terjadi.