Ahad, 4 Mei 2014

Ayuh Kita Jejaki Lailatul Qadar Yang Semakin Hampir Itu

 استغفرالله العظيم

الذى لا اله الا هوالحى اقيوم واتو ب اليه

 من جميع المعا صى والذ نوب  

واتوب اليه من جميع ما كره الله قولا

وفلا وسمعا وبصرا وخاطرا


Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung. (Al-A'dzim),

Yang tiada Tuhan melainkan Allah,

Yang Maha Hidup dan berdiri sendiri (Ya Hayyum Ya Qayyum) dan aku bertaubat denganNya dari segala maksiat dan dosa,

Dan aku bertaubat kepadaNya dari segala yang dibenci oleh Allah pada pertuturan, perbuatan, pendengaran, penglihatan dan apa yang yang terlintas di dalam hati.


Kemeriahan Ramadhan sekali lagi berbunga mekar di dalam nurani ini tatkala Jamadil Akhir melabuhkan tirainya pada saat terlihat  terbit anak bulan bagi bulan Rejab tatkala hari-hari pada bulan Jamadil Akhir masih berbaki empat hari sebelum dapat diraikan ketibaan bulan Rejab bagi tahun hijriah 1435 ini.

Pemandangan langit sejurus waktu subuh pada 26 April 2014 bersamaan 26 Jamadil Akhir 1435H jam 04.35 pagi di langit AbuHamour - Doha- Qatar.


 Turut sering kelihatan adalah cahaya yang diduga dari sebuah satelite di angkasa.


Lalu Maha Agung Tuhanku yang menunjukkan KebesaranNya untuk ditaakulkan bahawa alam ini adalah Miliknya sebagai Malikulmulki.

Sistem cakrawala ini Dikau yang menyusunnya Ya Rabbi.

Masa dan ketika pada peredaran zaman ini Dikau yang Mensejahterakannya Ya Rabb.



Dan seketika saya tidak dapat memahami bagaimanakah tarikh ulang tahun perkahwinan saya telah ditukar dari 25 Disember 1988 kepada 24 Disember 1988.

Walaupun ia hanya berbeza satu hari sahaja ia cukup menggusarkan hati kecil saya. Setting bagi 'dashboard' profil saya telah dimasuki oleh seseorang yang berjaya mengubah informasi yang telah saya tetapkan.


Kertas A4 yang dilipat empat dengan warna putih dan biru sebagai kad undangan ke majlis walimah saya ini berusia hampir 26 tahun pada Disember 2014 ini insyaAllah.


Ada yang menukar tarikh ulang tahun saya kepada tarikh 24 Disember. Usahlah berbuat begitu kerana itu namanya menipu. 25 Disember dipilih pada waktu itu adalah kerana ia adalah cuti kelepasan awam dan kejiranan waktu itu bergilir minggu mengadakan majlis walimah.

Perkahwinan tanpa pimpinan iman menjadi imej yang membina simbol institusi kekeluargaan barat seolah-olah menzahirkan kecemburuan yang terus mencabar kedamaian dan sakinah yang dinikmati oleh kebanyakan pasangan suami isteri (di kalangan muslim khususnya) yang berkahwin berdasarkan memenuhi tanggungjawab beragama di mana perasaan cinta upaya bertunas setelah berumah tangga.



Perkahwinan kepada muslimin adalah bagi menyempurnakan agama yang menjadi anjuran Al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bagi memperolehi keturunan.


Keturunan bermakna pertalian dan perhubungan yang menentukan asal usal seseorang manusia yang bertalian darah dan dapat ditentukan bangsanya! Lawan kepada keturunan dan berkeluarga ialah mereka yang dilahirkan tanpa dikenalpastikan bapanya kerana tiada dapat dibuktikan sah pertalian darah atau lebih dikenali sebagai anak-anak luar perkahwinan (bagi muslim)



Kami tidak mempunyai banyak gambar sewaktu walimah. Hanya saya sahaja yang memiliki gambar-gambar perkahwinan kami. Setelah nama pena tejthanaif sering diganggu, saya menambahkan ia menjadi nurtejathanaif

Di dalam Islam tidak wujud persaingan dalam membina sebuah keluarga.

Di dalam islam tidak wujud persaingan dalam perkahwinan apabila jodoh pertemuan itu ditentukan oleh Allah subhanahu wataala.

Kami tidak menjadikan perkahwinan sebagaimana kegilaan yang diwujudkan oleh acara sukan.


Jika barat tidak mahu disalahkan dan tidak sedia lagi ditunjukkan sebagai penjenayah moral kepada peradaban moden manusia selepas berakhirnya perang dunia 1&2 di manakah sistem pendidikan islam yang syariatnya mempunyai bab munakahat untuk melahirkan keturunan? 


Sesungguhnya amat mengecewakan apabila anak-anak muda kita meletakkan laras tertentu bagi mencabar pilihan berkeluarga bagi mereka yang mengingini kriteria iman dengan akhlak sebagai prioriti utama.


Sesungguhnya 'kelian' tidak perlu berkucupan di hadapan anak-anak kami bagi menyatakan bahawa 'kelian' lebih bebas memiliki hak.


Sesungguhnya 'kelian' tidak perlu berpakaian seksi bagi menzahirkan 'kelian' jauh lebih berjaya menempatkan peluang bagi mengindahkan kehidupan remaja dan usia anak-anak muda kami.


Tidak mungkin tujuan perkahwinan hanya sebagai medan ujian bagi pakar psikologi menguji kesan-kesan tekanan peradaban ke atas ummat apabila islam dibenarkan mengemudikan dunia.


Apakah maksud dan makna 'hijau' pada mata kemodenan peradaban barat dan timur apabila hijau ialah warna bagi menerangkan erti kedamaian syurga bagi mereka yang beriman?


Apakah boleh saya mengaitkan mengapa saya masih tidak menyukai acara sukan American Football?


Secara rendah diri saya tidak memahami jurus kecendurungan yang dikatakan bakat apabila simbol seksualiti dari pakaian pemain sukan itu amat 'menjolok mata' berbanding acara sukan 'soccer' yang sesuai untuk ditonton bersama keluarga.


Sukar memperkaitkan tentang bakat, skil dan kemahiran dari acara ini berbanding dengan acara sukan rugby yang tidak memerlukan bantuan alat pelindung (kecuali pelapik gigi) yang lebih memperlihatkan kegagahan pemainnya.


Mungkin sikap ini tidak diterima sama sekali namun rasa malu yang tertanam jauh di dalam sanubari saya telah membina sikap dan pendirian saya secara jelas.


Apakah makna 'hijau' kita masih sama tatkala malu kami adalah sebahagian dari iman tatkala tesangat silu apabila kini sangat terzahir kesan dari pembinaan otot-otot tubuh badan saya semakin melihat cara 'berjalan' anak-anak lelaki muslim kian mendabik dada seolah-olah angkuh bagi menzahirkan otot-otot yang tidak dapat dilihat. 

Malah kini anak-anak lelaki muslim saya mulai memakai pakaian yang direka untuk menzahirkan bentuk badan yang melenyapkan seketika adab dan rasa rendah diri bila mereka perlu berjalan sambil membusungkan dada.


Apakah dengan ungkapan 'hijau' yang telah ditermakan ke atas dunia ini upaya engelakkan perbalahan dan sengketa andai dikatakan dekad dua puluh satu dan mellinium dengan lingkaran 'new order' ini adalah titik yang menzahirkan sifat jahiliah ummat walau pun berada di zaman kemodenan.



Sabtu, 3 Mei 2014

Bagaimanakah Nasihat Agama?

Setiap kerajaan di dunia muslim wajar menjawab pertanyaan ini.

Bagaimanakah wujud pemberian lesen kepada aktiviti pelacuran  dan perjudian serta arak kepada individu atau syarikat yang diterajui oleh penganut islam?

Saya tidak sedia menerima alasan kewujudan kepelbagaian etnik sebagai natijahnya.


Sebagaimana saya tidak bersedia bertanya bolehkah dijelaskan bagaimanakah terjadi pembunuhan seorang guru wanita oleh pelajar di bawah usia pada ketika mereka menyelidiki dengan penuh curiga sekolah-sekolah berorientasikan islam yang dikendalikan oleh warga kelahiran dari negara-negara di benua Asia Kecil yang mempunyai kerakyatan yang sah di Britain?


Apakah boleh dinilaikan semula keluasan medan interaksi dan komunikasi yang berfokuskan kepada hiburan semata-mata melalui jalinan medan sosial akan melahirkan semula satu proses yang panjang kemunduran dan kerugian ummat adalah lantaran kesyumulan islam tidak dihadami untuk menjadi pemangkin keberdayaan ummah?


Bolehkah saya bertanya bagaimanakah erti kesyumulan agama Kristian dan amalan agama yahudi bagi memberdayakan dan membangunkan insan bukan semata-mata kemanusiaan tatkala telah dijayakan proses kemodenan?


Apakah kemahuan ummat telah dipenuhi oleh kehendak dan kemahuan barat?

Misalnya masyarakat dan generasi yang tidak dibina oleh kekuatan institusi kekeluargaan oleh peningkatan jumlah anak-anak yang dilahirkan dari perzinaan.

Apakah negara-negara muslim mempunyai pendaftaran anak-anak tanpa perkahwinan ini bagi dilihat sejauh manakah sistem politik, ekonomi dan budaya benar-benar meminpin kemanusiaan?


Memperkatakan tentang kaedah rawatan penyakit apakah solusi pengguguran janin-janin yang dijadikan sebagai hak yang dilindungi oleh undang-undang dan persetubuhan sejenis yang turut dijadikan hak yang diperakui oleh undang-undang kekal dijadikan sebagai asas pembinaan tamadun kemanusiaan milenium order baru?


Kita tidak boleh bercerminkan bayang-bayang untuk melihat realiti sebenar terhadap jenayah-jenayah yang diperlakukan ke atas masyarakat dekad ini.

Inikah jenis makanan batin bagi ummat mellinium tatkala makanan zahirnya masih menyimbolkan penyalah gunaan etika?

Benarkah undang-undang diperakui untuk mendisplinkan para pemimpin?

Atau undang-undang hanya untuk rakyat sahaja?