Sabtu, 3 Mei 2014

Bagaimanakah Nasihat Agama?

Setiap kerajaan di dunia muslim wajar menjawab pertanyaan ini.

Bagaimanakah wujud pemberian lesen kepada aktiviti pelacuran  dan perjudian serta arak kepada individu atau syarikat yang diterajui oleh penganut islam?

Saya tidak sedia menerima alasan kewujudan kepelbagaian etnik sebagai natijahnya.


Sebagaimana saya tidak bersedia bertanya bolehkah dijelaskan bagaimanakah terjadi pembunuhan seorang guru wanita oleh pelajar di bawah usia pada ketika mereka menyelidiki dengan penuh curiga sekolah-sekolah berorientasikan islam yang dikendalikan oleh warga kelahiran dari negara-negara di benua Asia Kecil yang mempunyai kerakyatan yang sah di Britain?


Apakah boleh dinilaikan semula keluasan medan interaksi dan komunikasi yang berfokuskan kepada hiburan semata-mata melalui jalinan medan sosial akan melahirkan semula satu proses yang panjang kemunduran dan kerugian ummat adalah lantaran kesyumulan islam tidak dihadami untuk menjadi pemangkin keberdayaan ummah?


Bolehkah saya bertanya bagaimanakah erti kesyumulan agama Kristian dan amalan agama yahudi bagi memberdayakan dan membangunkan insan bukan semata-mata kemanusiaan tatkala telah dijayakan proses kemodenan?


Apakah kemahuan ummat telah dipenuhi oleh kehendak dan kemahuan barat?

Misalnya masyarakat dan generasi yang tidak dibina oleh kekuatan institusi kekeluargaan oleh peningkatan jumlah anak-anak yang dilahirkan dari perzinaan.

Apakah negara-negara muslim mempunyai pendaftaran anak-anak tanpa perkahwinan ini bagi dilihat sejauh manakah sistem politik, ekonomi dan budaya benar-benar meminpin kemanusiaan?


Memperkatakan tentang kaedah rawatan penyakit apakah solusi pengguguran janin-janin yang dijadikan sebagai hak yang dilindungi oleh undang-undang dan persetubuhan sejenis yang turut dijadikan hak yang diperakui oleh undang-undang kekal dijadikan sebagai asas pembinaan tamadun kemanusiaan milenium order baru?


Kita tidak boleh bercerminkan bayang-bayang untuk melihat realiti sebenar terhadap jenayah-jenayah yang diperlakukan ke atas masyarakat dekad ini.

Inikah jenis makanan batin bagi ummat mellinium tatkala makanan zahirnya masih menyimbolkan penyalah gunaan etika?

Benarkah undang-undang diperakui untuk mendisplinkan para pemimpin?

Atau undang-undang hanya untuk rakyat sahaja?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.