Jumaat, 20 Jun 2014

Jarak Siapa Yang Masih Jauh?

Menghormati Ramadhan berbezakah dengan makna mengasihi Ramadhan setelah dibaluti penghayatan mengisi Ramadhan?

Gusar itu menunding ke dalam hati sendiri.

Sanubari ditangisi nurani, qalbu memangku duka luka

Berapakalikah Ramadhan menjadi hak kita untuk diredhai?

Terbetik khabar membahasakan jiwa  menyentuh rasakah Ramadhan kali ini tatkala telah dibariskan juru iring-juru iring yang tidak mengenali Ramadhan untuk bersama merebut pahala dan dosa...


Telah menjadi butakah kita bila aurat menjadi perisai kesumat

Membuatkan yang bujang dirundung kekejutan 

Membuang malu ke wajah bapa dan saudara-saudara 

Menjadikan ibu-ibu kesakitan dijamah pelaknat 

Membuang malu ke wajah suami-suami dan anak-anak lelaki


Pendajjal di kalangan kita 

Mempunyai mata yang mungkinkah basah kerana tersiksa?

Bila menjelang Ramadhan sahaja pernah para bacul lelaki berkuasa menggantung leher Sadam yang dimanuskripkan sebagai Sufyani...

Yang sesat terus sesat selepas Sufyani mati

Imam Mahadi dijelmakan oleh anak bangsa arab Osama juga telah mati

Siapakah wajah pengganas baru mahu diilmiahkan wahai para dewi yang berkuku warna warni?

Siapa?

Bila kain yang semakin singkat menutup tubuh sendiri diabaikan

Cara kematian kami pula mahu diintelekkan!


Para bacul lelaki berkuasa! 

Kami mahu memasuki Ramadhan yang bermakna keamanan

Pintu-pintu neraka ditutup

Kroni setanmu terantai, 

Kami tatangi kemanisan sakinah sepenuh sukma,usah dipertikai

Bila saya membuang silu terlihat virus kiriman para laknat di atas talian orbit gelombang

Kepada para lelaki bacul berkuasa 'saiz kamu sangat serupa!'



Ingin diujarkan kepada para penggila charity

Satu kebajikan dilakukan pada bulan Ramadhan kami

Menjadi sepuluh kali ganda hasanah dan pahala diberi

Ramadhan ada sumber berharga

Menggilap emosi untuk kami membaiki diri bukan mengulang dosa berkali-kali!

Bila mana satu kejahatan yang dilakukan, barakah Ramadhan menghapuskan dosa bila ia tidak dicatatkan...

Pintu-pintu syurga hampir terbuka 

Tanpa gemerincing loceng-loceng 

Lapan pintu bergemerlapan Nur cahaya 

Bila Rayyan pintu bagi muslimin yang berpuasa dibukakan demi kemuliaan Ramadhan.


Dek kerana itu hormatilah sejenak bulan Ramadhan kami 

Tanpa mencabar kesabaran yang mahu dikuasai

Berikanlah seketika rasa mulia buat diri sendiri oleh kemuliaan Ramadhan kami

Walau kelian bukan berakidah bukan muslimin seperti kami

Pamerkan diri kelian insan berkualiti 

Tanpa menggelar kami dengan umpatan menghina mencemuh sepenuh emosi

Tatkala mata kami juga berpuasa sepanjang hari

Nafsu, kami akhlakkan supaya mazmumah tidak menjadi sifat berperibadi

Telinga kami santapkan dengan kalimah zikrullah supaya tidak ia menjadi tuli

Perut memulih baikkan usus-usus pencernaan yang tidak pernah bercuti

Anggota-anggota tubuh jasmani

Organ deria panca indera kami rehatkan agar bercahaya bashirah menginsafi

Kami hamba yang menanti panggilan Izrail bagi mendiami alam kuburan yang memanggil-manggil.


Walau Ramadhan disaingkan dengan lintas lansung untung berganda kali

Masihkah islam tidak bertoleransi?



Ayuh Al-Akh syiah

Biarlah Imam Mahadi keluar sendiri

Supaya para ikhwah sunni berjabat sepenuh hati

Supaya genggaman jabat salam mereka bukan hanya semata-mata erat di tangan Nasrani dan Yahudi 

Bila Al-Quran bukan manuskrip yang dipawagamkan atas nama seni.


Al-Quran mengakhlakkan para kekasih

Ramadhan memangku Lailatul Qadar

Untuk siapa?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.