Di manakah pemilik blog-blog dilokasikan atau disampahkan (jika benar ini berlaku) apabila blog-blog mereka dijadikan sebagai 'anak angkat' khususnya bagi pemblog wanita yang muslim yang telah berusia senja dan menulis di dalam bahasanya sendiri dan bukan pula penulis?
Soalan ini bermain di minda saya pada sekitar tahun 2008... dan ia menjadi asas dituliskan catatan di bawah ini:
Silapkah fakta bahawa demokrasi melahirkan pembangkang?
Benarkah menjadi kaedah menerusi demokrasi antaranya ialah memangsakan warga sendiri kerana mahu membuktikan kepercayaan kepada pihak luar?
Berasa jemukah kerana catatan-catatan diulang berkali-kali sehingga menzahirkan sifat masyarakat dunia tidak berubah sikap dan tabiatnya walaupun zaman telah membuktikan wujud peningkatan 'penduduk' di tanah-tanah perkuburan apabila sesungguhnya penghuni di dunia ini semakin menurun jumlah bilangannya?
Adakah tidak peka tentang kekurangan tanah-tanah permukiman di kampung pra akhirat tatkala masih belum jenuh tanah-tanah dibongkar untuk dibangunkan sebagai kediaman, keperluan ekonomi dan pelbagai kehendak dari tuntutan kemajuan zaman?
Apakah kita tidak mati tatkala akhirat itu tetap tiba?
Ku tanyakan di manakah rumahmu yang ku maksudkan ialah di manakah pusara kita?
Ku tanyakan di manakah rumahmu yang ku maksudkan ialah masih adakah masa untuk setiap kesilapan dan kelemahan diperbaiki tatkala dunia ini sudah berusia senja.
Akhirnya adakah sesuatu yang tidak wajar sekiranya tertubuh Persatuan Muslimin Sedunia sebagai jurubicara yang menghidupkan roh keinsanan dan kemanusiaan sesudah Amerika dan sekutu mereka mengesahkan dengan perakuan bahawa mereka bukan lagi pejuang kemanusiaan apabila terus tidak berjaya menguniversalkan semangat keadilan terhadap Palestien dengan memberikan sikap memihak semenjak tercetusnya peperangan suci pada tahun 1095 yang darinya telah menafikan hak-hak kebebasan manusia akibat prasangka yang melampaui batas dan sempadan yang berpihak ke atas Jurusalem?
Masihkah ketidak bolehan menerima dan menghargai pandangan dan pendirian yang berbeza itu menatijjahkan permasalahan kepada ummat yang tidak berdosa?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.