Puan Moderator,
Bertahun masa bergantian Islam tercemar lantaran salah tanggapan dan salah tafsiran di mana ketaatan muslim terabai oleh proses permodenan kepesatan pembangunan material hingga pembangunan spritual terpinggir.

Kemelut yang panjang memerlukan kekuatan yang disandarkan oleh iman, yakin dan percaya di mana kekuatannya hampir terpadam dari menjadi perhatian muslim.

Keperkasaan ekonomi memercukan gemilang kesungguhan untuk bersaing dan menjadikan ia dasar baru menggantikan persaingan berlumba minda mencetus idea menolak damai dengan senjata.
Kekaguman terhadap cara hidup moden di barat mesti diakui dengan jujur membawa sikap berterus-terang berpsikologi dan bersedia untuk berunding jika ada yang perlu di perbetulkan. 

Muslim mesti berusaha menonjolkan asal  usul islam yang sebenarnya iaitu gagasan untuk berkasih sayang saling membantu berkerjasama muafakat memelihara hak-hak saudara seagama tanpa mengenal sempadan.
Meneliti untuk mempamirkan peribadi yang baik. 

Akhlak adalah kekuatan jasad yang bersalut budi yang mempelbagaikan cara menyampaikan seruan yang benar.

Minda yang aktif berfikir dan merancang untuk kemajuan akan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaik pulihan.

Teknik yang ideal terhadap kaedah penyelesaian dari cara mana pun muslim menerimanya apabila tidak bertentangan dengan prinsip akidah yang tidak menggugurkan iman dan shadahah mereka. 

Pencarian keadilan mesti bersama kebenaran dan sebagai muslim panduan utama yang masih tidak diubah adalah Al-Quran dan hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam selain rujukan dari qias dan pandangan dari jumhur ulamak.

Dengan suluhan akidah muslimin wajr tidak lagi terperangkap dengan kesamaran maksud dan hajat yang bertitik tolak dari kehendak manusia sendiri dalam mengisi keperluan kehidupan di dunia yang menjadi syarat untuk akhirat. Misalnya tidak wajar lagi sistem siasah berdasarkan fikh islam dicemuh apabila melaluinya upaya syariat islam diwujudkan dalam mengurus ekonomi dengan adil, seimbang dan saksama. 

Persoalannya adakah persediaan muslimin semakin jelas atau tidak.
Kebangkitan kesedaran bahawa agama sebagai keperluan untuk membangkitkan semula kecemerlangan insan dengan nilai kemanusiaan yang tinggi mesti sewajarnya sama-sama diisi keperluan sistem yang benar bagi mensejahterakan jasmani dan rohani, aqal, intelek, emosi selaras dengan penerimaan shahadah. 

Iman adalah kekuatan spritual yang menakluk akal dan minda untuk dorongan semangat agar berani berusaha bersungguh-sungguh, berazam, beriltizam dengan penuh komitmen dan kesedaran ia akan membuka medan kemenangan tanpa bergantung mengharap simpati tetapi berhubung dengan bermuafakat untuk jaya diri.

Lantas menolak mimpi-mimpi yang digarap sepenuhnya oleh sifat kepenggunaan sangat perlu diberikan kefahamannya kepada sistem pendidikan muslim itu sendiri.

Sebagai muslimin yang berakidah kita tidak wajar ditakluki oleh mimpi-mimpi kepenggunaan pendominan pembuatan barangan negara-negara utama dunia.

Kita tidak mahu miskin hati tidak juga rendah pekerti.

Ekonomi yang mantap membina keyakinan untuk imej kejayaan yang meminimakan kelaparan kerana nilai Ramadhan telah berabad-abad merumuskan bahawa ibadah berpuasa itu kaedah yang menguruskan manusia dengan keperluan mereka pada zahir dan batin mereka yang upaya merendahkan sikap-sikap mazmumah selaras dengan pesanan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam yang bermaksud:

Puasa itu pendinding. Lalu apabila salah seorang dari kamu menempuhinya hendaklah dia tidak berkata-kata yang tidak baik, tidak berbuat jahat, tidak bersikap jahil ke atas sesuatu hukum.

Apakah nilai Ramadhan kepada ummat akhir zaman yang semakin berhadapan dengan pengurangan kawasan pembekalan makanan kelak?

Usaha ini memerlukan pendidikan bimbingan yang lengkap sempurna untuk dunia juga akhirat.

Yakinlah dengan interaksi komunikasi yang jujur kita akan berjaya.

Elakkan dari sentiasa berprasangka dan curiga dengan muslimin yang menghayati agama mereka.