اعذ بالله السميع العليم من ااشيطا ن الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
ويقوم ! ما لى ادعو
الى النجوة وتدعو ننى الى
النار
Wahai bangsaku!
Bagaimanakah terjadi begini?
Aku menyerumu kepada keselamatan.
Tetapi kamu menyeru ku ke neraka?
واهي بغساكو!
بكيامنكه ترجادي بكيني؟
اكو مثرومو كفد كسلامتن
تتافي كامو مثروكو كنراك؟
Ketika mempelajari tajweed pada
Surah Al-Kahf telah menemukan banyak perkara-perkara yang bengkok di dalam Al-Quran.
Bengkok dari surah al-kahf
bermaksud sesuatu yang tidak lurus.
Allah menurunkan kitab Al-Quran
kepada hambaNya dan Dia tidak menjadikannya bengkok.
Tunjukkan kami jalan yang lurus bermakna rayuan dan pengharapan untuk tidak berada di jalan yang bengkok.
Guru tajweedku tidak mengetahui bacaan rahsia mindaku ketika dia menerangkan hukum tajweed pada surah Al-Kahf iaitu mindaku mengketengahkan bangsa-bangsa yang
bengkok pada masa lalu dan pada masa kini.
Puan berbangsa arab itu tidak menyedari senarai sifat-sifat dan tabiat-tabiat yang bengkok.
oleh iktikad yang bengkok di dalam mindaku.
Bahan bacaan dari sumber yang
bengkok kata hatiku lagi.
Usah diabaikan siapakah yang mempunyai dan memiliki si tulang rusuk yang bengkok, ucap emosi ku saat wanita yang muda dariku itu menghuraikan teori-teori dari hukum tajweed.
Ahhh mataku juga ingin bersuara dengan lafaz hidung yang bengkok, orang arab
hidungnya bengkok lalu ku ucapkan alhamdulillah hidungku tidak bengkok.
Tatkala mata kami berpandangan sekali lagi jiwa ku berkata muamalat yang bengkok.
Tunjukkan kami jalan yang lurus adalah antara lafaz yang berulang kali diucapkankan oleh muslimin dan muslimat pada ketika berdirinya lalu mereka yang mengaminkan di dalam hati pada rayuan inginkan jalan yang lurus telah menjadikan sanubari dan roh mereka berdenyut…
Masya Allah
sekiranya kami diamiinkannya semenjak mula bersolat dari usia baligh..
Masya Allah, Allah hu Akbar kiranya peluang untuk mengetuk pintu syurga sentiasa terbuka buat
mereka yang bersolat.
Bengkok dari surah al-kahf bererti
sesuatu dan perkara-perkara yang bertentangan serta berlawanan dengan kebenaran
yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallah hu alaihi
wassalam.
Lantas kerana itukah setiap hari Jumaat kami dianjurkan agar mengindahkan Jumaat dengan pembacaan surah Al-Kahfi ya Allah?
Manusia dilahirkan oleh wanita dan lelaki tidak mengandung adalah antara fakta yang ditegaskan oleh Surah Kahf dengan
dalil yang jelas bahawa Al-Quran tidak diturunkan kepada para syaithon dan
mereka yang bersifat penipu.
Tidakkah Ad-Dajjal itu menyebarkan
pembohongan dan kepalsuan?
Kiranya saya semakin sukar untuk menghentikan minda dari berbicara di dalam kelas-kelas pengajian islam saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.