6 Ramadhan 1436
Puasa antara ibadah yang telah lama diketahui menjadi bingkisan Allah
subha nahu wataala untuk ummat KekasihNya Muhammad sallallah hu alaihiwassalam.
Apabila Ramadhan itu berroh apakah sama puasa ini dengan jenis-jenis
puasa yang lain?
Berasa keletihan pada kali ini apabila masih 2019 dan 2022 difonomenakan walaupun
secara rahsia….
Alhamdulillah meskipun bersendirian bertadarrus al-quran saya bersyukur
kerana upaya memanjangkan tempuh masa bertadarrus setelah kedhaifan untuk mengkhatamkan
al-quran hanya diperolehi setelah saya berusia 52 tahun pada 29 Syaban 1436
bersamaan 16 Jun 2015.
Dengan sendirinya terimbas kegagalan saya untuk membaca
keseluruhan surah-surah yang berjumlah 114 surah.
Seringnya saya membaca surah
berdasarkan pilihan dan tanpa hukum-hukum tajweed yang sah serta berdasarkan niat
bagi mendapatkan penuntutan yang sejajar dengan akidah terhadap perkara-perkara
yang didepani pada kehidupan masyarakat waktu ini yang diberikan liputannya
oleh media.
Membaca terjemahan al-quran lebih saya utamakan menjadi antara
sebab saya gagal mentaddaruskan kesemua surah-surah sepanjang usia ini.
Sukar digambarkan perasaan yang melarakan yang tersimpan selama ini apabila nikmat menyusunkan dengan lafaz yang diusahakan ketepatan kepenggunaan alat-alat ucapan huruf dan makhraj sepenuhnya dapat digunakan
meskipun masih ada cacat dan cela pada sebutan bacaannya.
28 huruf-huruf ini kiranya memohon kami menempatkan duduk diamnya pada tempat yang sah tanpa dicerobohi atau wewenang dipinggirkan atau disalah letakkan apabila huru-huruf ini tidak mahu dipindah milikkan 'rumah' mereka dengan cara yang tidak berintelek apabila tuntutan ganti rugi yang lupuskan kezaliman penganiayaannya sepenuhnya diberikan kepada Allah Taala untuk dihukumkan di akhirat nanti.
Apakah 28 huruf-huruf ini juga mahu mentamsilkan kepada pembaca-pembaca Al-Quran tentang kisah ketetapan yang Rasulullah sallalla hu alaihiwassalam memberikan tanah Bahrain kepada kelompok Ansar dan kebimbangan mereka seandainya Muhajirin tidak diberikan jumlah pemilikan yang sama seperti mereka...sehingga Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam meminta ke dua mereka bersabar sehingga menemui baginda di akhirat kelak...
Juga adakah mahu ditamsilkan juga tentang tanah-tanah ribuan ekar milik pelarian arab yang tidak boleh dituntut ganti ruginya di Oslo Mahkamah dan di mana-mana Mahkamah 'Agung' di dunia ini ya 28 huruf-huruf yang mengikat di antara satu sama lain di dalam ayat-ayat di dalam Al-Quran?
Lidah tidak bertulang tetapi diberikan pinjaman untuk berbicara.
Bicara siapakah yang lebih baik bila membicarakan qalam Allah
subhanahu wataala?
Allah subhanahu wataala sering sahaja memberikan takdir yang bertujuan
bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan diri saya apabila sering sahaja tiba
pertolongan yang diinginkan.
Ditemukan dengan pemilik dan pengguna bahasa al-quran adalah hadiah
yang wajar dipohonkan menjadi pemberian Allah subhanahu wataala kepada mereka
yang diberikan rezeqi untuk berada di negara teluk.
Meski diketahui sifat semula jadi wanita-wanita pemilik bahasa arab ini umumnya cerewet
dan terlalu memilih di dalam pergaulan mereka, seupaya mungkin wajar dicari untuk
mendapat kelebihan dalam berguru denga mereka khususnya di dalam pembelajaran
al-quran.
Allah subhanahu wataala sahaja yang mengetahui mengapa saya ditemukan
dengan wanita-wanita yang jauh lebih muda dari saya sebagai guru al-quran.
Kesukaran saya sering mendapat perhatian mereka. Ada kalanya air mata
disimpan di dalam hati bila sering terkesan mereka sedaya usaha tidak
mewujudkan paksaan ke atas ‘kelemahan’ diri … meski mungkin wujud bantahan yang
disimpan dengan rahsia oleh rakan-rakan yang lain yang jauh ke hadapan
keupayaan mereka berbanding saya…
‘Ya Allah berilah kekayaan buat insan-insan ini
Apa sahaja kekayaan yang Dikau berikan kepada hamba-hambaMu yang
solehah…’
‘Sesungguhnya Allah akan bertanya ke atas setiap penanggungjawab ke
atas tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun
mensia-siakannya.’
Bagaimanakah hidup tanpa Al-Quran?
Menjawablah …
Bagaimanakah hidup muslimin dan muslimat tanpa Al-Quran?
Mengapakah tanah airmu banyak dibicarakan di dalam Al-Quran?
Menjawablah…
Tanah airmu itu yang dituturkan dengan lisan oleh Ar-Rabb pemilik alam
ini.
Tatkala masjid-masjid Haramain, Masjid Al-Aqsa, Padang Arafah,
Muzdalifah, Mina, Shafa dan Marwa khusus dilisankan oleh wahyu-wahyu dari
langit sebagai tempat pilihan Ar-Rabb kepada hamba-hambaNya.
Penanggungjawab ke atas tanggungjawab itu membuatkan bangsa dikaulah
yang layak mengajarkan Al-Quran kepada setiap ummat untuk mengisi keperluan
masyarakat akhir zaman.
Lalu apakah yang terjadi bila Al-Quran itu bukan menjadi budaya
bangsamu?
Ramadhan yang ini membuatkan bagaikan bergema rintihan Kekasih Allah
sallallah hu alaihiwasaalam kepada Ar-Rabbnya:
‘Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
diabaikan.’